INFO SANG SEMUT

INFO SANG SEMUT

PETUA HALAU SEMUT #4


PETUA HALAU SEMUT


Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah semut. Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini kita pula yang digigit.Untuk membuang semut di dalam bekas gula yang sudah dikerumuni semut, cuba petua ini.

Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan kelihatan berkumpul di satu tempat.

Maka lebih mudahlah untuk membuang semut-semut tadi.
Berikut merupakan beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut:-

Lindungi Balang Gula Daripada Semut

 1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula.
Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.
 2. Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula yang disimpan.

Elak Semut Panjat Meja Hidang Makanan

Sediakan tali atau kain perca yang dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak. Lilitkan tali atau kain tersebut pada setiap kaki meja, perabot atau yang seangkatan dengannya.

PETUA HALAU SEMUT #3

Cara Untuk Mengusir Atau Menghapuskan Semut Dalam Rumah

Musim panas ni musim semut keluar dari persembunyian ke? Sejak kebelakangan ni rumah puteri banyak sangat semut. Kat dapur banyak semut, kat dalam bilik banyak semut, kat ruang tamu pun sama juga. Sampaikan pokok buah nona kat laman rumah puteri pun kena serang dengan semut. Semua buah atas pokok tu dah jadi rezeki semut.

Kalau guna shieldtox atau ridsect ke, mau habis sebotol sehari kalau asyik sembur je. Kejap sembur semua mati, tapi tak sampai setengah jam geng semut yang lain pula datang menyerang. Hai la semut, manis sangat ke rumah puteri ni?
semut

Kerana tak tahan dengan kehadiran semut yang tanpa diundang, puteri cubalah cari kat laman google, mana tau ada cara untuk mengusir atau menghapuskan semut itu. Dalam istilah lain, membunuh semut tu. Dan hasilnya, puteri jumpa beberapa tips ni.

Cara Untuk Membunuh Atau Menghapuskan Semut Dalam Rumah:

1) Letakkan kulit timun di tempat yang biasanya ada banyak semut. Dari apa yang puteri baca, semut tak suka bau timun. Yer ke?

2) Taburkan serbuk lada hitam di atas semut. Tak taulah apa akan jadi kalau kita taburkan serbuk lada hitam. Mungkin semut tu akan mati la kot.

3) Celup kain dengan minyak masak dan lap kawasan yang sentiasa ada semut. Habis berminyak la semua kawasan nanti kan. Hurmm.

4) Letakkan beberapa tangkai cili kering di kawasan-kawasan yang biasanya didatangi semut. ‘Anak anak’ mesti buat main dengan tangkai cili kering tu nanti..hehe

Ni antara tips untuk menghapuskan semut dalam rumah yang dapat puteri cari. Ada tak antara korang yang pernah mencuba tips ni? Berhasil atau tak? Atau korang ada cara lain untuk mengusir atau menghapuskan semut. Kongsikanlah dengan puteri.

PETUA HALAU SEMUT #2

Halau Semut Dalam Rumah




Musim panas boleh boleh menyebabkan semua serangga seperti semut keluar dari tempat persembunyiaannya. Memang memberi masalah kepada kita terutamanya apabilan ia menghurung makanan.Ada beberapa cara untuk menghalaunya.

Cara Untuk Menghalau Semut.

  • Letakkan kulit timun pada tempat yang di datangi semut.Semut tidak suka kepada bau kulit timun.
  • Taburkan serbuk lada hitam diatas semut.
  • Celupkan kain dan lapkan dikawasan laluan semut.
  • Letakkan beberapa tangkai cili kering di kawasan mainan semut.
Nie antara beberapa tips untuk mengawal semut dari dalam rumah anda.Nie hanya cara yang di sampaikan dari mulut ke mulut.Cubalah..

PETUA HALAU SEMUT #1

KOLEKSI PETUA HALAU SEMUT #1

Rumah saya mmg ada masalah dengan semut...Boleh kata ada 2-3 jenis semut yg bersarang kat umah ni..semut hitam,semut merah dan semut halus yg bau busuk tu...Pantang letak makanan atau air atas meja atau almari..Jawabnya tak sampai 5 minit dah penuh la semut beratur..
 
Kalau dalam balang gula apatah lagi..Dah tutup kemas2 pun blh gak dia masuk..Dalam bekas air masak pun dia nk jugak..Belajar berenang ker...?? Ayoo..Dah letih berperang dgn semut2 ni..Saya ada jumpe petua untuk halau semut kt fb...Jom la try kalau korang pun ada masalah yg sama..


Petua 1: 
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2: 
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3: 
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4: 
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5: 
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6: 
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 7 : 
Letak kulit timun berdekatan sarang nya atau laluannya..

Popular Posts

My Blog List