INFO SANG SEMUT

INFO SANG SEMUT
10 Fakta Menarik Tentang Semut

10 Fakta Menarik Tentang Semut

10 Fakta Menarik Tentang Semut

Pernahkah anda mengambil masa memerhati haiwan kecil yang terdapat di persekitaran rumah kita? Maksud saya semut. Pernahkah terfikir untuk mengkaji mereka? Yang pasti memang semut ni kecil tetapi mereka berjaya melakukan kerja-kerja yang begitu hebat dan jauh lebih besar daripada mereka dan terdapat beribu juta semut di seluruh alam ini. Kalau tidak masakan ada perumpamaan “rajin seperti semut”. Nak tahu fakta menarik tentang semua? Kalau nak, teruskan membaca..

1. Semua mempunyai 6 kaki, setiap dengan 3 sambungan kepadanya.


2. Hampir 13,000 spesis semut yang berbeza terdapat dalam dunia ini yang dapat dikelasifikasikan walau pun para saintis berpendapat ada lebih 20,000 spesis semut semuanya.

3. Semut menggunakan antenanya untuk menyentuh sesuatu, namun antena mereka juga merupakan deria sesentuh dan rasa mereka.


4. Jangkahayat semut biasanya antara 40-60 hari.

5. Semua juga “berperang” sesama mereka dan berperang dalam skala yang besar. Peperangan biasanya melibat keseluruhan satu koloni semut dengan koloni-koloni yang lain yang menyebabkan bilangan kematian semut mencecah jutaan semut.


6. Semut Amazon kadang-kadang digelar “Semut Lanun” atau “Semut Pengambil Hamba” kerana mereka dikatakan menyerang sesebuah koloni semut lain dan mengambil semut yang tewas sebagai hamba untuk dijadikan “semut pekerja” dalam membina sarang dan juga dalam mencari makanan untuk mereka.


7. Koloni semut terbesar di dunia dibina oleh “Semut Argentina”. Koloni mereka menjangkaui jarak beratus batu (atau kilometer) dan terdiri daripada beratus-ratus jalinan dan susunan sarang semut yang berbeza.

8. Secara amnya semut yang kita temui di dalam rumah atau kawasan rumah kita ada jenis “semut tukang rumah”. Merka menggemari tempat-tempat yang lembap seperti kayu atau papan dinding rumah yang lembap untuk diduduki biasanya setelah hujan.

9. Sebagaimana para saintis telah mengkaji dan mendapati sesebuah koloni semut hanya diperintah oleh seekor “Ratu Semut” sahaja, dan tidak pernah ada dalam penyelidikan menunjukkan lebih daripada satu “ratu semut” yang memerintah.

10. Sesetengah spesis semut didapati membela serangga-serangga yang lain, sama seperti manusia membela haiwan lain seperti ayam dan lembu. Sangat jarang serangga belaan ini dibunuh untuk dijadikan makanan mereka. Kebanyakan haiwan belaan ini digunakan untuk mencari dan membawa pulang makanan untuk mereka.

Popular Posts

My Blog List