AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut!
Label:
bisa semut, semut, info semut, masalah semut, petua halau semut, hapuskan semut,
bunuh semut, spray semut, semut gigit, semut hitam, semut api, semut
merah, cara halau semut, hindari semut, semut di rumah, Fakta tentang
semut, keunikan semut, kisah semut dalam al quran, kisah semut dalam
sains, pelbagai kisah semut, sains semut, semut dan sains, Ujikaji semut
Sementara menunggu kereta dibaiki, dia mengambil angin dengan bersantai
di sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut sambil memerhatikan
gelagat mekanik yang sedang khusyuk membaiki kereta milik sepupunya.
Bagaimanapun, tindakannya berehat di pokok tersebut menjadi titik hitam
buatnya apabila dia digigit seekor semut daripada spesies Tetraponera
rufonigra atau lebih dikenali sebagai Semut Selangor.
Ketika kejadian yang berlaku pada April 2014 itu, menurut Abdul Wahab,
dia sedang duduk di bawah sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut
dan secara tiba-tiba terasa ada seekor serangga menggigit di bawah
pelipat belakang lututnya.
“Oleh kerana saya memakai seluar jean ketika itu, jadi saya hanya dapat
menepuk serangga tersebut tanpa mengetahui apakah yang menggigit saya.
“Selepas pulang ke rumah, saya mendapati, serangga yang terlekat pada
bahagian seluar itu adalah Semut Selangor selepas mengenal pasti
ciri-ciri serangga itu yang berwarna merah di bahagian depan badannya
dan hitam pada bahagian belakang.
“Sebelum ini, saya pernah terdengar kes mangsa digigit Semut Selangor di
sekitar Pulau Pinang dan disebabkan itu, saya dapat mengecam serangga
tersebut,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.
Tambahnya, dia menyapu minyak buah pala selepas mendapati kawasan di
bahagian belakang pelipat lututnya menjadi gatal dan kemerah-merahan.
“Namun, setelah dua minggu, kegatalan dan kemerah-merahan itu masih
belum pulih, malah menjadi semakin teruk pula,” jelasnya yang terpaksa
berhenti kerja dalam bidang perhotelan kerana kaki kirinya tidak dapat
berfungsi dengan sempurna selain pergerakannya kini terbatas apabila
terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Menurut isterinya, Rosliza Ramli, 43, dalam tempoh dua minggu sahaja isi
pada bahagian paha dan betis suaminya itu melepuh seperti ‘diratah’ dan
melihat keadaan yang semakin parah, mereka terpaksa menelefon ambulans
untuk mengambil Abdul Wahab di rumah disebabkan dia sudah tidak mampu
untuk berjalan.
Jelas Rosliza, bisa daripada gigitan semut itu sudah merebak masuk ke
dalam isi menyebabkan kaki suaminya itu menjadi hitam dengan kesemua
kulit dan isi menjadi mati.
“Kaki suami berlubang sehingga boleh nampak tulang, malah dia juga tidak
boleh berjalan dan hampir tiga bulan terlantar di hospital.
“Keadaan itu menjadi semakin teruk kerana suami juga menghidap penyakit
kencing manis,” jelasnya sambil memberitahu, dalam tempoh setahun,
suaminya itu sudah enam kali melakukan pembedahan pada bahagian kaki.
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof.
Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, sebenarnya gigitan semut spesies
Tetraponera rufonigra tidak membawa ancaman kepada manusia yang
mengamalkan gaya hidup sihat.
“Bisa semut itu tidak akan mengancam nyawa manusia jika kita berada
dalam keadaan sihat, cergas dan tiada sebarang penyakit tetapi jika ia
menyerang manusia yang mempunyai masalah kesihatan, sudah tentu sengatan
itu akan menjadi teruk sehingga boleh menyebabkan mangsa lumpuh,”
katanya.
Penyakit kronik
Jelas Raymond, jika jangkitan bisa itu masuk ke dalam tubuh mangsa ia akan menjadi bakteria yang boleh menyerang antibodi badan.
“Apabila terkena gigitan semut, jangan garu tetapi segera mendapatkan
ubat serta melakukan rawatan awal. Apa yang penting, kita kena jaga
kesihatan kerana jika badan tidak mempunyai sebarang masalah, potensi
untuk bisa itu merebak akan berkurangan,” ujarnya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomologi
Perubatan PPUKM, Dr. Aishah Hani Azil berkata, Tetraponera rufonigra
atau Semut Selangor merupakan serangga yang tidak berbahaya tetapi bagi
sesetengah orang yang mempunyai masalah alergi atau penyakit kronik
seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung,
gigitan haiwan itu boleh memudaratkan sehingga membawa maut.
“Gigitan semut ini boleh menyebabkan dua kemungkinan manifestasi
klinikal pada manusia sama ada simptom setempat (lokalisasi) ataupun
simptom menyeluruh (sistemik).
“Simptom setempat adalah sama seperti gigitan serangga berbisa yang lain
seperti bengkak, sakit dan radang pada bahagian yang terkena gigitan
tetapi selalunya, simptom ini akan hilang selepas beberapa hari,”
ujarnya.
Katanya, simptom menyeluruh pula boleh berlaku sekiranya mangsa gigitan
itu mempunyai sejarah penyakit kronik dan alergi. Antara simptom yang
akan dialami mangsa ialah seperti muntah, cirit-birit dan sesak nafas.
Jelas Aishah Hani, biasanya kesemua simptom itu akan bermula kurang daripada 24 jam selepas digigit semut tersebut.
“Simptom sistemik ini juga boleh menyebabkan kejutan anafilaksis yang
boleh menyebabkan kematian. Misalnya, jika mangsa merupakan pesakit
kencing manis, luka gigitan semut ini boleh melarat dan menyebabkan
ulser yang berbahaya jika tidak dirawat segera.
“Semut Selangor mempunyai dua cara untuk menyerang mangsa iaitu melalui
sengatan yang berpunca daripada bahagian belakang badannya dan gigitan
yang berpunca daripada bahagian kepalanya.
“Sebagai langkah awal, mangsa perlu membuang semut atau mana-mana
bahagian serangga itu terlebih dulu sekiranya terkena gigitan supaya
penyengat yang mengandungi bisa tidak terus melekat pada kulit,” ujarnya
sambil memberitahu, mangsa juga digalakkan menggunakan pelapik ketika
membuang semut kerana dikhuatiri bisa itu akan terkena pada jari.
Tambahnya, selepas itu pesakit boleh mencuci luka menggunakan cecair
antiseptik dan meletakkan pek ais pada kawasan terkena gigitan semut
untuk meredakan inflamasi selain pergi ke farmasi untuk mendapatkan krim
sapu atau ubat alergi antihistamine jika kegatalan dan kemerah-merahan
itu masih tidak reda.
“Pesakit mesti mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika mula
mengalami simptom seperti muntah, berasa pening atau sesak nafas selepas
digigit,” ujarnya.
Aishah Hani memberitahu, Semut Selangor hidup dalam koloni yang aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam.
“Kebarangkalian untuk semut ini bertemu dengan manusia lebih tinggi
kerana ia mencari makan pada waktu siang sama seperti kegiatan harian
manusia, manakala waktu malam ia lebih banyak menghabiskan waktu di
sarangnya.
“Sarangnya pula boleh didapati dalam pokok-pokok besar atau tunggul
kayu. Lazimnya, semut ini tidak akan menyerang manusia kecuali apabila
ia berasa terancam,” katanya.
0 Response to "AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut! "
Post a Comment