PETUA HALAU SEMUT
Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah semut. Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini kita pula yang digigit.Untuk membuang semut di dalam bekas gula yang sudah dikerumuni semut, cuba petua ini.
Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan kelihatan berkumpul di satu tempat.
Maka lebih mudahlah untuk membuang semut-semut tadi.
Berikut merupakan beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut:-
Lindungi Balang Gula Daripada Semut
1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa. Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula.Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.
2. Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula yang disimpan.