INFO SANG SEMUT

INFO SANG SEMUT

Info Menarik Tentang Semuk Yang Korang Tak Tahu

Info Tentang Semut 

Info Tentang Semut ~Menarik~

Sebenar dari dulu lagi aku teringin nak tau lebih lanjut pasal semut, ape yang bestnye dengan semut ni? yela ape2 istilah pada kerajinan seseorang, mesti dikaitkan dengan semut, semut suka makan gula je pon, tapi hebat sebab tak pernah denga lagi diorang kene sakit kencing manis.. best la semut.. ada ape ea dengan semut?
Dari reasearch yang telah dibuat sekian lama.. ada beberapa info tentang semut yang kite perlu tahu, walau tak banyak yang aku dapat, tapi ada la sikit2, semua info yang aku dapat bersumber dari blog2 hebat.. thanks gengss.. kat bawah aku cube listkan beberapa jenis semut yang ada, kenape dia selalu salam dengan kawan dia, dan ada la macam2 lagik ^_^..
Bagaimana semut berinteraksi?
Semut yang bertugas mencari makanan akan meninggalkan jejak kimia (Feromon) di tanah melalui sengat pada punggungnya. Jejak yang telah dibuat membantu kawan-kawannya menemukan sumber makanan.
Semut yang bertugas mencari makan biasanya menjalankan tugas dengan cara yang sulit dijelaskan. Ia pergi ke sumber makanan dengan berjalan bengkang-bengkok, tetapi kembali ke sarang dengan satu garis lurus yang lebih singkat.
Seorang peneliti bernama Feynman, telah membuat kajian mengenai keadaan semut ini, dan terbukti bahwasanya setelah pada awalnya semut tadi berjalan dengan bengkang-bengkok, kemudian semut2 tadi balik ke sarangnya dengan jalan pada garis yang lurus.
Suatu spesies semut yang hidup di gurun pasir di Amerika mengeluarkan bau khusus yang diproduksi di bahagian tempat simpanan racunnya, jika ia menemukan serangga mati yang terlalu besar atau berat untuk dibawanya, dengan itu bau tadi akan menjadi tanda kepada semut lain. Subhanallah..
Ketika semut api berpisah untuk mencari makanan, mereka mengikuti jejak bau dengan mengambil masa agak panjang, kemudian akhirnya berpisah dan mencari makanan masing-masing.
Sikap semut api berubah jika sudah menemukan makanan. Kalau menemukan makanan, semut api kembali ke sarang dengan berjalan lebih lambat dan tubuhnya dekat dengan tanah.
Ia menonjolkan sengatnya pada interval tertentu dan ujung sengat menyentuh tanah seperti pensil menggambar garis tipis. Demikianlah semut api meninggalkan jejak yang menuju ke makanan.

Beberapa jenis semut :

1. Semut honeypot Myrmecocystus
emut honeypot Myrmecocystus


Semut di iklim kering harus menyimpan makanan untuk bertahan hidup lama dari kelangkaan. Di padang pasir Amerika Utara, semut honeypot Myrmecocystus menggunakan tubuh mereka sebagai wadah yang hidup, tubuh mereka membengkak kerana cairan cadangan, dan dibawa ke sarang pasangan.

2. Semut Harpegnathos saltator
Semut Harpegnathos saltator


Semut Pelompat India, Harpegnathos saltator, adalah salah satu semut yang pertama mempunyai genome sequencing.

3. Semut Podomyrma
Semut Podomyrma


Seekor semut Podomyrma cenderung mendekati ulat Lycaenid di Australia Selatan. Ulat ini mengeluarkan zat-zat yang menarik bagi semut, dan semut bergiliran memberikan perlindungan dari parasit. Semut sangat banyak, banyak spesies lain telah datang untuk bergantung pada mereka dalam berbagai cara.

4. Semut Malagasi
Semut Malagasi


Di antara keanehan keluarga semut adalah misteri Malagasi semut (Mystrium spesies), yang merupakan predator penghuni hutan hujan sampah daun.

5. Semut Cecropia

Semut Cecropia


(Azteca alfaroi) penjaga pohon mereka dengan sungguh-sungguh terhadap penyusup. Bekerja bersama-sama, mereka mengepung dan melumpuhkan lawan-lawan mereka dengan mengepit lawan hingga lemas.

Kenapa semut berhent ?

Semut yang terlihat “mengadu kepala” saat bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. Schneirla, seorang peneliti di New York University, pernah mengadakan percobaan dengan semut. Ia mengambil seekor semut lalu ditaruh dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain ditaruh dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika berpapasan dengan teman-temannya di jalan.
Dari penelitian itu, Schneirla menyimpulkan bahwa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut menempel pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut temannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Jadi, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.
Semoga bermanfaat.. kebanyakkan dari info ni aku copy paste je, sebab menarik dan rasanya penting untuk semua orang tahu.. perlu ingat satu je, Ilmu bukan korang yang punya.. ^_^..

Sumber :
20 Fakta Menarik Tentang Semut

20 Fakta Menarik Tentang Semut

20 Fakta Menarik Tentang Semut


Dah agak lama kami tak kongsikan post berkenaan dengan fakta haiwan dan serangga. Jika sebelum ini kami pernah kongsikan fakta-fakta menarik tentang lipas, lembu, kucing, gajah dan lebah kali ini kami nak kongsikan 20 fakta menarik tentang semut pula. Mungkin ada yang ada ketahui dan mungkin juga ada yang akan mengejutkan anda. Jadi sila baca setiap satu dengan teliti dan cuba fahamkannya ye.semut 20 Fakta Menarik Tentang Semut
  1. Ada lebih 12, 000 spesies semut di seluruh dunia.
  2. Semut sebenarnya kerap tidur dan agak pemalas. Walaupun kita sering dengar tentang kisah semut yang rajin dan tidak tidur tetapi kajian terhadap pola tidur semut api membuktikan sebaliknya. Semut api tidur 253 kali sehari dan purata setiap sesi adalah selama 1.1 minit bersamaan lebih kurang 4.8 jam sehari. Ratu semut pula tidur 92 kali sehari dengan purata masa setiap sesi adalah selama 6 minit bersamaan 9.4 jam sehari.
  3. Semut tidak mempunyai telinga. Ia “mendengar” dengan menggunakan getaran yang dirasai menggunakan kakinya.
  4. Ratu semut mempunyai sayap, sayap berkenaan akan gugur apabila mereka membina koloni baru.
  5. Apabila ratu semut mati, koloninya itu hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Ratu jarang digantikan dan pekerja tidak dapat membiak.
  6. Ratu memberi telur makan air liurnya.
  7. Semut boleh hidup sehingga mencecah usia 30 tahun.
  8. Kajian tentang semut dipanggil Myrmecology.
  9. Nisbah diantara manusia dengan semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia
  10. Otak semut mempunyai kira-kira 250,000 sel-sel otak.
  11. Deria bau semut adalah sebaik deria bau anjing
  12. Semut boleh mengangkat beban sehingga 50 kali berat badannya dan meletakkanya di atas kepala. Ia tidak menggunakan kaki untuk mengangkat, sebaliknya hanya menggunakan mulutnya.
  13. Semut adalah antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya
  14. Semut penuai Maricopa ( Maricopa hrvester ant) mempunyai sengatan yang sama seperti 12 ekor lebah.
  15. Hampir semua semut yang anda lihat adalah betina. Semut jantan atau Drone, tidak melakukan apa-apa kerja, mereka tidak kelihatan seperti semut dan hanya hidup untuk beberapa bulan semasa musim mengawan. Kerja dia hanyalah untuk mengawan dengan ratu semut dan selepas itu ia akan mati.
  16. Semut mempunyai 2 perut, satu untuk menyimpan makanan untuk diri mereka dan satu lagi untuk semut lain. Anda mungkin ada melihat semut seperti mencium semut lain, ia sebenarnya adalah proses pemindahan makanan yang dipanggil trophallaxis. Ia membolehkan semut menjaga sarangnya pada masa yang lain mencari bekalan makanan
  17. Semut boleh hidup di semua benua kecuali Antartika. Ia dapat hidup dalam keadaan extreme tetapi Antartika adalah terlalu sejuk bagi mereka
  18. Koloni semut terbesar yang dijumpai adalah selebar 6000 kilometer.
  19. Musuh terhebat semut adalah bukan manusia tetapi semut lain. Semut dari koloni berbeza (walaupun sama spesis) akan menyerang koloni lain untuk merampas makanan dan menjadikan yang kalah sebagai hamba.
  20. Ratu semut mengawan sekali sahaja – sebelum membina koloninya. Ia kemudiannya boleh menyimpan sperma sehingga 15 tahun dan menghasilkan lebih 300 juta anak.

Popular Posts

My Blog List